Mengembara tidaklah merbahaya seperti yang kebanyakan kita sangka.
Jika anda sudah merasa bosan dengan standard backpacking yang kebanyakan orang ikut, dan anda mahu pergi lebih jauh, anda mahu merasakan pengalaman sebenar mengembara, maka cubalah pula ke tempat-tempat di mana hanya anda seorang sahaja orang asing di sana. Jangan bimbang, cuma sedikit langkah berjaga-jaga perlu diambil supaya tidak pula kisah anda disiarkan di berita BBC sebagai pelancong yang mati terbunuh! Saya sudah mengembara selama lima tahun dan saya suka ke tempat-tempat di mana ramai bacpacker tidak pergi. Antara tempat yang berbahaya yang saya pernah jejak sejak dua tahun lalu termasuklah Syria, Timor Timur, Bangladesh, Sudan dan Somalia. Lima tip keselamatan berikut perlu anda baca untuk memastikan anda tidak menjadi berita utama di suratkhabar! Tip1: Ambil tahu tentang isu politik mereka Anda tidak perlu mengambil ijazah untuk menyediakan diri dengan pengetahuan politik di negara yang anda ingin kunjungi, cukup dengan pengetahuan asas sahaja. Pastikan apa yang boleh dikatakan dan apa yang tidak boleh. Lebih mudah, jangan terlibat langsung sama ada berbincang, mengkritik atau memberi pandangan tentang isu politik mereka. Anda ke sana untuk melihat budaya mereka, menghayati atmosfera baru dan berseronok, bukan sebagai aktivis politik. Tip 2: Jangan pamerkan kemewahan anda Anda tak perlu pun meninggalkan macbook, iphone atau apa-apa gajet sekalipun di rumah jika ingin mengembara di Afrika. Cuma jangan ditayang di tempat awam dan pastikan anda hanya akan membelek 'mereka' apabila berada di bilik asrama atau rumah tumpangan sahaja. Berpenampilan ringkas juga boleh membantu mengelakkan anda diekori oleh mata-mata jahat yang sentiasa menunggu peluang. Elakkan juga membeli cenderamata dengan banyak, cukuplah satu atau dua untuk simpanan anda sahaja. Tip 3: Hormati agama mereka Isu agama begitu sensitif. Dunia telah membuktikan betapa agama boleh menyebabkan manusia memusuhi antara satu sama lain. Sebelum ke negara orang, buat kajian dulu tentang agama yang dianuti oleh penduduk tempatan. Pastikan apa yang boleh dilakukan dan apa yang tidak boleh dilakukan. Jangan sesekali anda melanggar kepercayaan mereka. Anda juga boleh bertanya kepada penduduk tempatan tentang aktiviti harian mereka dan belajar tentang budaya mereka. Anda berada di negara mereka, jadi anda harus menghormati pilihan mereka. Tip 4: Elakkan diri daripada mabuk! (untuk kaki 'minum') Bukan di semua negara anda boleh 'minum' sesuka hati. Jika tempat yang anda kunjungi mempunyai pegangan agama yang melarang penganutnya untuk 'minum', lebih anda pun tidak minum sama. Walaupun ada 'beer' dijual, lebih baik tangguh dulu niat untuk membelinya. Kerana jika anda mabuk dan melolong tak tentu pasal sehingga tidak sedar telah menyentuh sensitiviti penduduk tempatan, habislah anda! Buat masa ini, keselamatan lebih penting daripada 'minum', betulkan? Tip 5: Jadilah orang yang bijak Jika negara itu memang sudah kita ketahui akan bahayanya, jadilah orang yang bijak. Jika terdapat perintah berkurung (curfew), ikut sahaja. Jika terdapat banyak jenayah di waktu malam, jangan keluar selepas matahari terbenam. Anda tahu akibat jika melanggarnya, jangan jadi orang yang bodoh. Patuh pada peraturan dan anda akan selamat.
http://travelog-aiesha.blogspot.com/2011/11/5-tip-keselamatan-ketika-berada-di.html
RELATED
|